RSS

Mana nak kecilkan?

Aceli, tak tahu nak story apa. Tp smlm masa hantar mesin jahit kat mak aku, aku pon dah dpt baju yg aku tempah kat makcik aku. Abah aku dah dtg sini, so makcik aku kirim pd abah aku baju tu...masih ingat baju yg aku kata nak pakai masa kenduri nanti? (kalau tak ingat klik kat sini)

Tp aku tak boleh nak tunjukkan lg baju tu kat blog ni sbb baju tu belum siap sepenuhnya. Bila aku try baju tu, aku rasa mcm ada yg kena kecilkan sikit (sbb tu tajuk entri ni mcm tu). Bukan aku nak pakai ketat2 tp bila baju kebaya ni kalau longgar nampak menggelebeh jer> kan tak cantik!!! hehehe

Seperti yang aku ckp dlm entri aku yg lepas, kalau ikut ukuran badan, setiap minggu ada penurunan dan aku pon dpt rasakan tp still tak puas hati bila timbang. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, aku tahu, aku sedang berusaha untuk kecilkan part2 yg aku nak kecilkan (apa yg aku ckp ni??!!!)

Kalau nak ikutkan, aku lebih kelihatan besar bhgn atas bdn aku, dada hingga ke muka aku yg tembam. Adehhhh....Lengan aku ni pon besar jg. Huhuhu...Perut!!??? sekarang dah surut sikit..hahaha sbb selalu buat sit up. Kalau tak, ini pon salah satu yg aku kena bg perhatian utk kecilkan...huhuhu

Minggu ni aku tak buat workout pon...huhuhu asal petang jer hujan turun. Nak buat body jam dgn JM cd tinggal kat opis. Asik dok golek bola besar aku tu jer la..tu pon kejap2 jer. Mcm mana nak kecilkan badan. Tak per, minggu ni akan berusaha lebih gigih lg. Esok dah start kelas, so, aku ada masa utk berjogging...hehehe yer ker??? insya-Allah kalau tak jogging pon aku aerobik ler sorang2 kat opis tu ha..lepas abis waktu keje.

Oklah...jom kita layan gambar aku jap masa sambutan Maulidur Rasul Jumaat lepas kat Putrajaya...

Konon2 mcm paparazi tgh tangkap gambar aku kat belakang....Org tgh dengar ceramah dlm Masjid, kita org pakat posing kat luar. Huhuhu

Patutnya muka aku kena reaksi mcm sakit sbb tapak tgk aku konon tercucuk muncung kubah tu...huhuhu tp nice pic. Saya sgt sokaa

Org kata aku ni iklan gigi...kalau tangkap ghambar mesti senyum nampak gigi. Tak dpt nak cover la..mmg mcm ni aku bila tangkap gambar...huhuhu...

So, apa pendapat korang?? hehehe...Kita jumpa next entri yer syg....

Chowww Bedah....CT Anie.

Me...the inspiration??!!!

Ayat2 kat bawah ni aku copy paste dr blog seorang sahabat yg aku kenal hanya kerana 99HTN.


Saat ni, siapa inspirasi utama saya. Anda nak tahu tak???


Ya, inilah dia........i always look their blog. They keep me on motivation of diet :-)

http://sha-dhia.blogspot.com/
(Tasya ....alwez give me inspiration krn jd ibu tetap menarik)

http://booh7979.blogspot.com/
( Sis Flo Alfera yg tlg menang 99HTN recently)

http://ctanie.blogspot.com/
(Kak CT Anie yg sdg keep up dgn TBL..sy suke smgt dia)

Terharu!!! Itulah kata2 yg aku boleh luahkan. Tak sangka 99HTN ni buatkan setiap cerita diet aku dibaca oleh org yg tak pernah aku jumpa dan kenal. Dan tetiba aku dijadikan inspirasi hanya semangat aku yg tak seberapa dlm diet ini. Nampaknya aku tak boleh kecewakan org2 yg telah bg semangat pd aku.

Terima kasih pd Mia sbb selalu tinggalkan komen di blog yg tak seberapa ini dan memberi kata2 semangat pada akk. Baru jer dlm entri td tulis idola aku adalah Cik Adik Manis. Pastu bila buka blog Mia pon citer pasal inspirasi dia. Apa pon akk tetap kagum dgn Mia.

Aceli byk lg sumber inspirasi aku, selain dr Cik Adik Manis tu tp aku sebut nama dia jer la dlm ni sbb aku akan buka blog dia setiap hari.

Kat sini aku juga nak ucapkan terima kasih pd my boss yg selalu bg dorongan pd aku pasal diet ni. Kalau nak tahu, my boss ni la pendorong kuat utk aku diet. Dia pegi visit pon still sms aku tanya mcm mana sesi timbang. Terima kasih kak...TQ so muchhhh

SIL my boss pon adalah seorang inspirasi aku. Dr citer my boss dan email yg selalu my boss fwrdkan pd aku...aku simpan supaya aku boleh jd mcm dia jg. Eh...aku ni dah byk sgt menaip. Td ingat nak g iron baju..sbb baca blog Mia tu terus aku postkan entri ni. hehehe

Kita jumap next entry yer syg...

Chowww Bedah......CT Anie.

Kongsi, kongsi la....

Huh...berat aku ni mcm yoyo la...Sekejap turun, sekejap naik. Yang herannnya bila ukur badan sumenye turun. Td masa sesi coaching citer pasal Dining Out (mkn luar).

Semua org termasuk aku, sume pernah makan kat luar. Tipu la kan kalau x der org tak pernah mkn kat luar!!! Hehehe...Even mak aku yg selalu bwk bekal masa dulu2 pon dah pandai nak makan luar. Aku ingat lg masa aku kecik2, kalau nak pegi mana2 mak mesti bawak bekal. Kecuali kalau pegi shopping. Tp pegi shopping pon, kita org tak pernah berhenti makan kat kedai2 makan. Kalau nak pon beli air dan popia basah yg femes kat kg aku tu ha.

Itu citer dulu. Masa mak aku rajin masak untuk anak2. Bestkan kalau aku pon boleh buat mcm dia juga. Tp, mak aku pon tahu, aku tak pandai masak. Siap bg tau kat arwah mak mertua aku masa masuk meminang dulu. Huhuhuhu...

Makan luar ni best...sbb sahih2 bukan aku yg tunggang langgang masak kat dapur kan. Order jer, pastu makanan akan sampai kat meja kurang setengah jam (kena pandai pilih tpt mkn...kalau tak sejam pon belum tentu dpt mkn). Tp kita tahu tak makanan yg kita order tu baik utk diet kita atau sesuai ker dgn menu diet kita??

Aku ni dah mcm coach yg bg coaching td jer!!! hehehe...tak per, ilmu diet harus di kongsi bersama. So, pd kwn2 yg nak diet, pilih la menu diet yg betul dan bagus. Boleh mkn di luar tp menu itu kita harus pikirkan cara yg terbaik.

Aku kat sini bukan nak bg coaching tp sajer nak share utk kwn2 dan mungkin juga utk remind aku pasal diet life aku. Aku bukan la seorang yg die hard diet tp aku diet utk sihat dan untuk kembalikan bentuk badan ideal aku.

So, sesiapa yg berjaya turunkan berat badan, silalah kongsi2 ilmu anda dengan saya (boleh tinggalkan komen ker, atau buat link anda kat saya. pada follower, saya juga akan tgk blog anda sebagai rujukan). Sabagai contoh minggu ni saya telah cuba untuk ikut menu diet SIL my boss. So far, ok....tp aku belum berkesempatan utk buat excercise secara kerap. Insya-Allah paling lewat dlm minggu depan sbb start migu depan aku dah mula kelas.

Aku juga akan kerap melawati blog2 diet utk usaha aku menurunkan berat badan. Lg pon migu depan sesi pemilihan pemenang mingguan utk TBL berdasarkan berat kumpulan mana yg paling byk turun (TBL aku dibahagi beberapa kumpulan). Inilah yg aku nak sbb akan ada kerjasama antara ahli kumpulan untuk turunkan berat badan.

Gambar kat bawah ni pon aku nak share sikit. Kalau korang perasan, org yg berbadan chubby ni kalau tangkap gambar mesti nak sembunyikan double chin (dagu yg berlapis tu la). Samer la mcm aku, kalau amik gambar dr hp mesti nak cover tp kadang2 tu nampak juga...mcm kat bwh ni...
See....masa ni berat dlm 76-78 rasanya la...

Ini pon aku cover gak....tutup dgn tudung supaya tak nampak doubel chin aku....

Posing yg selalu di buat kebanyakan org mcm aku...amik gambar dr atas....so, tak nampak double chin

Gambar cover double chin lg....huhuhu

Aku ni jenis muka bulat, so, kalau pakai tudung...kena muncungkan sikit tudung tu...Kesimpulannya, aku kena turunkan lg berat badan aku supaya double chin aku pon turut susut. Boleh bg idea, senaman yg mcm mana boleh aku hilangkan dagu berlapis aku??? Tp aku tak nak hilang pipi tembam aku (inilah yg buat YB suka kat aku).

Satu lg, aku nak share kekecewaan aku sbb sekarang aku dah tak boleh buka blog cik adik manis. Inilah idola aku sebenarnya, setiap hari aku akan buka dan baca setiap perkara yg dilaluinya. Inilah pendorong aku utk teruskan usaha diet aku. Sekarang blog ni hanya utk invited person jer. Kalau la cik adik manis ni tahu aku jdkan dia idola boleh tak dia invited aku jd reader dia??? huhuhu apa pon, aku akan berusaha mcm dia.

Byk juga kali ni aku menaip dlm entri ni. Esk aku ada perarakan maulidur Rasul kat Putrajaya. 1st time dpt masuk. Thn lepas tak dpt, seronoknya...selalu dpt tgk kat tv jer kali ni turut menyertai. Oklah syg, C T Anie dah byk membebel. Kita umpa next entri yer syg....

Chowww Bedah....CT Anie.

Lena diulit pujian

Huhuhu....semenjak kebelakangan ini asik mendengar pujian dr org jer...bukan aku nak riak jauh sekali tak suka. Tp aku tak nak terus lena diulit dgn pujian2 itu.

Bermula dr cuti raya Cina ari tu, aku dipuji oleh kaum kerabat aku, kemudian dlm fb dan seterusnya kwn2 sekeliling. Buat yg ikhlas memberi pujian itu...aku ucapkan terima kasih byk2. Sesungguhnya itulah kata2 semangat dr anda semua untuk aku terus berdiet.

Bg yg puji antara ikhlas tak ikhlas...terima kasih jg sbb itulah pendorong utk sy terus melakukan aktiviti berdiet. Aku tak tahu la plak minggu ni mcm mana berat badan aku? Naik ker turun ker? Mudah-mudahan aku terus sukses dlm misi kurusku ini.

Minggu ni juga aku mulakan menu seperti SIL my boss. Tp mcm biasa la, bila nak mula ni mcm2 dugaan. Hari pertama terkantoi mkn mlm tu pon punya la lewat aku tido sbb aku nak cover kelewatan aku mkn. Huhuhu sambil2 tu dok golek gym ball aku.

Insya-Allah aku akan perbaiki lg menu aku. Excercise???!!! aku masih liat utk buat selang sehari. Konon2 bercita-cita nak buat excercise selang sehari tp aku masih tak dpt buat. Minggu lepas dah mak dan adik aku dtg tido umh...bila masa aku nak kuar g jogging???

Minggu ni plak, sahih2 Friday Aerobik aku tak dpt buat sbb aku pegi Putrajaya tambahan cuti plak tu. Sabtu ni aku kena g UKM sbb nak daftar sem baru. Ahad plak ada kenduri kat gombak!!! Adoiiii mcm mana ni??? Maknanya aku cuma ada hari esk jer nak aerobik???

Minggu ni plak bila balik keje hujan!!! Tak boleh jd ni...nati berleluasa pulak lemak2 aku. Baru dpt pujian org ramai. Huhuhu.....Oklah, kita jumpa next entri yer syg. Cik anie nak g iron baju....pastu nak buat sit up sikit.

Chowww Bedah....CT Anie.

Pujian

Hehe...Sebelum aku g aerobik jap lg..nak post entri ni jap. Sajer nak share...Gambar ni pernah aku pernah post kat entri perubahan. Dan aku juga buat profile picture utk fb aku...

Dan ini adalah pujian dr sepupu aku. hehehe tetiba rasa kembang plak...Sepupu aku ni pon pernah berisi sikit badan dia...tp dia dah kurus balik. Nanti aku tanya mcm mana dia kurus.


alamak kalau tak nampak apa dia tulis...klik jer gambar tu bg besar sikit....Kita jumpa next entri yer syg....CT Anie nak g aerobik ni....

Chowww Bedah......CT Anie.

Pelik

Salam....jgn mengharapkan gambar dlm entri ni sbb aku malas nak upload gambar buat masa ini. hehehe

Apa yg aku pelik yer??? Seperti biasa setiap hari Khamis akan ada sesi penimbangan utk TBL. So, kebanyakan peserta takut utk menimbang apatah lg baru balik dr cuti yg panjang. Dan bila cuti panjang ni mesti diet pon terbabas kan??? Nak2 ada pulak kenduri kendara...hehehe

Perasaan aku pon sama la juga. Sbb aku pergi kenduri masa balik kg ari tu. Pulak tu bila mak aku masak dah tentu sedap jer kita nak makan...huhuhu. Amat menakutkan bila sesi penimbangan semalam.

Bila aku naik jer atas penimbang tu, aku harap berat aku jgn naik lg kalau boleh biar maintain. Yer la, lepas diberi ceramah khas oleh pengerusi TBL rasa insaf pulak (nanti aku citer pasal ini).

Tapi yg aku harapkan tak pernah nya betul...tp diluar jangkaan aku. Huhuhu... Naik ker berat aku??? Tak lah...berat aku turun hampir 1kg!!!! Pelik tak??? Minggu lepas bila aku target nak turun (bukan target byk pon) berat aku naik. Minggu ni aku cuma harap berat aku maintain jer...Alhamdulillah.....bersyukur la aku seadanya...

Mungkin aku tak perlu letak target kot!! Hehehe...tp apa pon dlm setiap cabaran mesti ada target. So, aku silentkan dulu target aku...aku cuma nak fokus pada apa yg perlu aku lakukan utk buat berat badan aku turun setiap kali sesi penimbangan.

Pasal ceramah khas tu..nanti aku citer. Kita jumpa lg next entri yer syg...

Chowww Bedah....CT Anie.

Target

Sempat lg aku nak post sepatah 2 kata kat blog ni sebelum aku berangkat menuju ke kg halaman ku...hehehe. Aceli aku ni balik sbb ada kenduri sepupu aku bertunang. Kalau tak der tu sume tak dernya aku nak balik...selalu terperap jer kat umh ni. Lg pon YB tak ikut sekali.

Selalu bila aku balik, aku akan bawa sepasang atau dua pasang (ikut keadaan kewangan aku la...) kain pasang yg aku beli utk tempah baju...Tp kadang tu aku tak bwk balik pon akan tetap ada baju baru utk aku. Sbb apa??? Sbb mak aku tukang jahit...ngeh3x tp mak aku hanya jahit baju kurung. Kalau nak baju fesyen2 ni kena bg pd makcik aku la... Kalau nak tahu baju nikah aku dulu, dia la yg buat. Masih ada lg dlm simpanan ku tp maklumlah, saiz lepas kawen dah berubah. So, aku leh tgk jer la baju itu...

Aku rasa dah berpatah-patah ayat dah ni...hehehe tipu tul cik anie ni!!! Berbalik pd cerita asal....aku bukan nak promosi jahitan mak aku ker, makcik aku ker....tp nak citer pasal baju. Sememangnya yg mengetahui perbezaan saiz badan kita hanya tukang jahit yg selalu buat baju kita. Betul tak??? (kecuali la kalau antar kain pd tukang jht lain2 kan??!!)

Semenjak badan aku mengembang selepas kawen, aku takpernah dah pakai baju kebaya atau fesyen2 yg fit dgn bdn. Aku rasa, kali terakhir aku pakai baju kebaya pd thn 2006 kot. Tetapi selepas hari raya haji hari tu aku dah tempah baju kebaya pd makcik aku. Tp masa tu bdn still lg ermmmm tak der shape org kata.

Bebaru ni, aku pakai lg baju kebaya yg makcik aku buat, nampaknya dah longgar sikit. So, sekarang ni, aku ada target baru, nak wat baju mcm baju kebaya mcm kat bwh ni...cantikkan???

Tu yg td g beli kain kat jamek utk buat baju mcm ni. Aku nak pakai masa kenduri kawan aku masa bulan 3...kalau dah siap nanti aku tunjuk ok!!!! sekarang ni nak target yg sikit2 dulu. Tp kalau bdn aku mcm patung yg pakai baju kebaya tu...lg cantikkan??? tak per la...aku bermula dgn slow & steady...ngeh3x...

Lepas ni, kalau ada org nak kenduri kawen (tp maklumkan pd aku awal2) aku nak target buat baju kebaya....bagus jg kan baju kebaya ni??? memotivasikan diri utk kuruskan badan...hahahaha. Bukan apa, dulu aku igt lg org kata kat aku ratu kebaya sbb masa dulu pakai kebaya nampak badan solid dan cantek jer ...mcm anak patung kat atas tu la...So, aku nak balik title tu...tak kira....nak juga!!!! hahahaha

Oklah, aku dah ngarut ni...nak tugu magrib jap, still kat opis ni sbb balik kg dgn kwn aku. Mesti jem giler. eh...aper gambar ni wat kat sini???

Aku nak tunjukkan gambar baju nikah aku ni jer sebenarnya..tp tak der lak gambar berdiri...Ni la baju makcik aku buatkan....nati kalau ada gambar full aku pakai baju ni, aku upload lg ok...hehehe baju ni ader kat kg. nanti aku tangkap gambar...Oklah kita jumpa next entri yer syg...

Update terkini pd 19.2.2010 (Jumaat): Inilah baju nikah yg makcik aku buat. Sori gambar tak cantik sbb bukan aku scan gambar ini. Masih ada lg...dan kalau aku nak pakai pon bila masa aku nak pakai????

Chowww Bedah.....CT Anie.

Jangan bersedih....syg!!!

Frustt....tu jer yg boleh aku luahkan. Sebab apa??

Semalam masa sesi coaching (dah semestinya sebelum itu sesi timbang) berat aku naik!!! Huhuhu...Knp???? Tp kenaikan berat aku tu tak la sampai kena denda...Tp mcm mana pon aku mmg tak suka. Kalau ikut bacaan lain..yg bagusnya muscle aku naik...tp knp berat aku tak turun??? Mungkin dah 2 migu aku tak berexcercise...jogging pon tak. Harapkan aerobik hari Rabu dan Jumaat tu jer.

Kalau rajin aku buat sit up kat umah (tu pon sbb Gym Ball aku depan tv). Hai...Cik Anie, bila nak kurus kalau mcm ni???!!! Semalam my boss ada emailkan menu diet SIL dia. agak menarik dan ringkas. Tp aku ada ke kekuatan mcm SIL dia???? Tolong doakan aku sbb aku ingat nak mulakan hari ni.

Semalam juga masa sesi coaching, kami para peserta TBL di ajar utk baca maklumat pemakanan. Huh...rupanya tak semua makanan yg fitness itu bagus utk diet...cuma kena ada kemahiran kita utk mengambil makanan2 itu sebanyak mana....


Mmmm...byk plak nota dia ni yg aku nak share. Tp aku tak mampu tulis sume. Nantilah, kalau ada masa aku buat entri khas citer pasal nota2 yg aku dpt dr TBL ini.

Minggu ni nak balik kg. (maklumlah, nak sambut 'Raya'). Ada kenduri plak tu, takutnya aku....takut nak naik timbang migu depan plak...huhuhu

Mungkin dlm migu bercuti ni aku tak dpt nak post entri, maklumlah aku bukan ada 'beruk' yg boleh di bawa ke mana2. Kat umh aku tu cuma stemix yg melekat kat umh jerkkk.Oklah, kita jumpa lg next entri yer syg...

Chowww Bedah....CT Anie.

Wajah baru


Suka tak dgn wajah baru blog aku??? Hehehe sajer gatei tgn nak tukar.

Apa pon selamat membaca entri2 aku ntah apa2. Aku baru jer lepas workout JM td (Sesi aerobik TBL). Penat gilos. Sekarang masih di opis. Lepas magrib baru balik....Yehaaaa. [sorakkan sbb aku tak perlu masak mlm ini]

Kita jumpa next entri yer syg..

Chowww Bedah...CT Anie.

Perubahan

Aku tahu 99HTN dah abis. Tp yg mcm aku kata dlm entri yg lepas...aku masih nak teruskan hari tanpa nasi. Nanti aku letak countdown yg lain ekkk...

Mesti korang tertanya-tanya...apa perubahan selepas 99HTN ni??? Mungkin kalau ikut % (yg mcm kiraan kak zel bg) LWP aku tak sampai pon 10%. Yer la..walau pon tak mkn nasi tp aku still amik makanan berat yg lain. So, kali ni aku nak ubah menu diet aku. Dan sekarang aku tgh buat menu diet aku tanpa nasi....dah berjaya nati aku post la entri nyer.

Sekarang ni aku nak citer pasal perubahan diri aku selepas 99HTN. Kalau ikut berat, mmg aku masih tak berpuashati. Tp dr segi penampilan, aku dah rasa lain pd diri aku sendiri...

Meh tgk gambar kat bwh....

Baju yg aku pakai ni, dulu ngam2 jer dgn aku. Dan aku pakai hanya sesekali jerkkkk. sekarang aku dah rasa longgar bila pakai baju ni. hehehe..bukan nak bangga, tp diri sendiri tahu dan rasa.

Malah, bukan baju ni jer aku rasa longgar, byk lg baju2 aku yg aku rasa dulu sendat jer aku pakai dah aku boleh pakai. Wahhh...bangga gila entri ni. Tp aku tak mau lg bertepuk tgn dgn perubahan ini, tugu la 1 hari di mana aku mampu lg berkata-kata riak dlm entri aku hahahaha....[jgn ikut perangai riak ni yerrr].

Yg pasti gambar aku tgh berkaraoke ini [sajer nak bg tau aku mmg suka karaoke] menunjukkan aku lg bangga utk posing dr sudut tepi. Apa pon aku nak hilangkan lg inci2 lemak aku yg tak berguna ini. huhuhu...akan ku tunggu saat itu!!!! hua...hua...hua.....

Kita jumpa lg next entri yer syg...

Chowww Bedah....CT Anie.

Hari terakhir 99HTN

Tinggal beberapa jam jer lg nak abis contest 99HTN ni....Esk nak kena timbang...tp aku rasa mcm tak jauh beza sgt berat aku masa mula2 masuk contest ni. Tp apa yg aku suka...sbb contest ni aku terus bersemangat utk kurus.

Aku akan teruskan misi contest ni dgn tak mkn nasi. Tambah 70 hari lg tau...Apa pon, kpd semua peserta contest, we done our job!!! Caiyyookkk3x.

Last utk penutup contest 99HTN ni, aku nak hapdet menu hari ni dan smlm. Sbb esk2 dan hari seterusnya aku akan hapdet menu utk TBL jer...

6/2/2010 (Sabtu)

Pagi- Roti telu + air teh panas
Tgh hari - ikan goreng sekor + air kosong
ptg/mlm - ayam paprik + ikan siapak stim + ikan goreng +sayur bayam tumis air + air kosong

7/2/2010 (ahad)

pagi - lambat mkn nih (tak elok) bihun goreng + air jagung kordial jer (Masa karnival td)
tgh hari - lapar...tak mkn sbb tak msk mkn kek london swiss roll
ptg - lapar lg....mkn ikan goreng smlm yg dah dibuat sambal + ikan stim smlm
mlm - dah lapar sgt...nak mkn roti dgn telur sambal

oklah..kita jumpa next entri yer syg...

Chowww Bedah.....CT Anie

Teruskan....

Sedar tak sedar, esk merupakan hari terakhir contest 99HTN. Means, hari Isnin aku leh mkn nasi la...yeaaaa. Tp aku tak mau mkn nasi lg...knp????

Jumaat lepas, boss aku ada discuss pasal benda ni (teruskan 99HTN). Mcm yg boss aku tulis kat blog dia, kami akan teruskan hari tak mkn nasi sehingga 18 April 2010. Nampaknya terkubur la hasrat aku nak mkn nasi lemak pagi 8 Februari 2010 ni....



Kadang org tanya, tak seksa diri ker mcm tu??? Tak sentuh nasi...Adehhh...Ini bukan seksa namanya. Sometimes we need a guide to make our mission is better!!! [Fuhhhh...speaking plak aku]...nasi...oh..nasi...


Kalau korang nak tahu, 99HTN ni la contest diet pertama aku join. Dan contest ni buatkan aku bersemangat utk turunkan berat badan aku dan mengamalkan hidup sihat (mcm pakar kesihatan plak aku tulis ni). Bila aku join TBL kat opis ni, aku lg bersemangat....selama ni aku selalu pikir mcm mana aku nak turunkan berat bdn aku??? sampai la 1 hari bila boss aku ckp "anie jom la masuk 99HTN ni!!!"



Masa tu aku jd bingung jap!!! Bukan sbb mama3A's tu boss aku!! Tp aku tetiba terpikir, "aku mmg nak kurus". Terima kasih Kak Nenney (panggilan aku utk boss) sbb buka pandangan Anie dan jalan utk Anie buat sume ni!!! (bukan ayat bodek tau!!!...hahaha)



Maknanya, lepas abis 99HTN ni aku kena tambah 70 hari lg (sehingga 18/4/10) Hari Tanpa Nasi.....Doakan aku ekk dan boss aku serta kak zura utk teruskan 70 hari lg tanpa nasi.



sekarang ni aku tgh search menu sihat utk aku pelbagaikan makanan aku setiap hari. Lagi pon masa sesi coaching hari tu, ada homework pasal menu sihat ni. Nati aku citer lain.



Ni aku kena sediakan teks ucapan YB utk karnival esk. Huhuhu...knp aku??? Mana Timbalan YB, mana setiausaha YB???? Aku yg setiausaha sulit tak bertauliah ni juga btkan utk dia....Adeh....isteri YB mcm ni ker??



Kita jumpa lg next entri yer syg...



Chowww Bedah.....CT Anie.

Dumbbell la pulak

Ingatkan semalam nak post entri ni. Tp tak sempat. Ingat lg kan pasal yg aku citer Gym Ball. Dlm entri tu aku ada sebut nak tunjukkan Dumbbell aku yg baru jer aku order dr seorang kwn yg baik hati...[Duit Dumbbell pon tak byr lg...maap yer]

Dulu aku ada seketul jer Dumbbell yg 5lb...So, utk menaikkan semangat aku bila buat workout JM...hehehe [alasan jer...kalau tak der pon tak per kan???] aku beli seketul lg utk jdkan pasangan kpd dumbbell yg ada. Mcm gambar kat bawah ni...

Tgk, dumbbell yg dulu pon tak buka plastik lg. Syg nak buka...huhu....

Tp, set dumbbell aku bukan itu jer, aku beli lg 1 set dumbbell yg 2lb punya....Kira ni ringan sikit la kalau aku nak angkat pon...hehehe. Kalau beli yg Avon punya rege dia RM19.90 [letak dlm kotak jer]. Yg aku beli ni RM18.00 jer...siap dlm kotak yg cantik lg...

Kotak dia pon senang nak di bawa ke mana2.....Cantikkan??? Aku sgt suka...hehehe



So, inilah set dumbbell yg aku miliki sekarang ni....Aku harap segala peralatan yg aku ada, aku dpt gunakan sebaik mungkin dan menjadi amat berguna utk misi kurus aku ni....

Lepas ni aper plak aku nak beli ek???Kita jumpa lg next entri yer syg...

Chowww Bedah......CT Anie.

My Mission