RSS

Aku dah dpt

Akhirnya....rezeki milik aku. Terkejut dan terharu sbb tak sangka. Alhamdulillah....

Rezeki apa la ni yer??? Hari Khamis lepas masa sesi penimbangan berat aku turun 1.6kg...bestnyer (walaupon berat tu turun hasil buat detox). Tak per, ini buatkan aku lg bersemangat. Dengan penurunan sebanyak itu berat aku sekarang 68.9kg (ikut penimbang coach). Kira dah jauh la sikit angka 7 tu dr aku.

Harap2 jgn migu depan naik sudah!!! Disebabkan penurunan sebanyak itu jg aku jd winner for the week. hehehe best sgt sbb selalu setiap migu asik tgk org jer amik hadiah dr coach. Walaupon migu lepas tak ramai org...tp janji rezeki aku dpt dumbell. Dumbbell lg ker????

Yer aku dpt dumbbell, tp lain dr yg aku beli. Nanti aku upload gambar sbb gmbr dumbell ada dlm phone. Mls nak kuarkan kabel lg.

Insya-Allah aku akan teruskan usaha aku utk jg pemakanan aku dan excercise aku. Tp...esk aku ada mkn2!!! Esk kat umh aku buat tahlil dgn doa selamat sikit. Mkn tgh hari plak tu....dah tu ari isnin nanti pon ada jamuan perpisahan dan majlis perhimpunan bulanan...huhuhuhu bila nak kurus ni mcm2 dugaan dtg. Oklah, kita jumpa next entri yer syg.....

Chowww Bedah.....CT Anie

Apa yang aku dapat?

TBL yg berlangsung akan menemui nokhtahnya lg 2 minggu jer. So, persoalannya sekarang...apa yg aku dapat dr TBL yg aku sertai ini?

Seperti contest 99HTN...TBL ini buat aku ada 1 semangat utk kembali membentuk badan aku dan menjaga kesihatan aku. Kalau 99HTN aku tak der sesi coaching...tp dgn TBL aku dpt nasihat cara pemakanan, excercise dan mcm2 lg melalui sesi coaching.

But lately ni (sejak aku mula kelas) aku kurang bersemangat sikit. Aku tak tahu knp, tp aku agak mungkin aku penat (nak biasakan balik hari yg penuh dgn aktiviti). Dah 3 minggu aku tak berjogging, minggu lepas pon tak der sebarang aerobik yg aku buat. Harapkan sit up dan senaman ringkas yg dibuat sebelum tidur dan selepas bangun tido setiap hari.

Last week (18hb Mac) masa sesi coaching ada ditunjukkan satu excercise utn org yg tak der masa mcm aku ni (kebanyakan org sekarang tak der masa utk excercise). Excercise ni amik masa 4 minit jer utk buat. Excercise tu diberi nama Tabata Training. Ni aku copy paste dr pakcik Google yg menolong aku mencari benefit Tabata Training ini.

Benefits of Tabata Training

The benefits of this training protocol include: -
- Increased fat loss. Increased metabolic rate = increased potential for fat loss.
- Increased conditioning and stamina.
- Time saving and super efficient (10 minutes including warm up.
- Increased ability to perform high intensity exercise.
- Increased mental toughness due to the exercise intensity involved.


Kalau nak ikutkan sume ni ada dlm nota yg aku dpt masa sesi coaching tp sajer aku search kat tenet lg....hehehe. Kalau korang nak lebih lg, boleh la guna pakcik Google ker, makcik Yahoo ker...nanti korang dpt la apa yg korang nak tahu. Ni aku bg hint2 jer. :-P

Berbalik dr persoalan yg aku ajukan kat atas....apa yg aku dpt sekarang ialah SEMANGAT dan KEYAKINAN bahawa aku boleh buat sume ini walaupon aku bukan seorang pemenang (mcm tahu jer tak menang...hehehe)

Mungkin berat aku tak menunjukkan penurunan yg drastik mcm org lain...tp aku yakin sebelum hujung thn ini aku boleh dpt apa yg aku inginkan. Oklah, kita jumpa next entri yer syg.....

Chowww Bedah....CT Anie.

Jengah sekejap

Sementara aku menunggu waktu nak ke kelas...nak update skit la blog yg telah ku tinggalkan seminggu lebih. Aceli byk nak citer....tp aku simpan dulu ek...

Byk urusan nak bt....dlm sibuk2 tu sempat aku cari gmbr lama aku balik. Gambar kat bwh ni tak tahu thn bila...tp masa ni bujang lg....


Bdn pon masa tu slim lg...sama dgn kwn aku yg kat sebelah tu. Jamuan raya masa ni....Nak citer pasal baju lama sebenarnya...meleret plak aku ni.

Baju yg aku pakai tu, sahih2 la tak muat sekarang ni...lg pon aku dah bg pon baju ni kat mak aku...hehehe...rasa2nya kalau aku pakai baju ni balik leh muat ker???

Byk baju lama aku, aku bg pd org...sbb saiz dulu dan sekarang dah berbeza. Tp sejak2 aku masuk TBL ni...dan berat pon dah turun sekilo dua...(baru sekilo dua) ada baju lama aku yg dah muat balik...hehehe best sgt sbb dah boleh pakai baju lama. Tp baju kurung jer la...baju kebaya masih tak leh pakai lg.

Baju masa aku bertunang pon tak bleh nak pakai lg...sbb baju tu zip belakang...tak dpt nak zip sepenuhnya...huhuhu tak per..aku akan berusaha lg.

Oklah...kita jumpa next entri yer syg...

Chowww Bedah...CT Anie

Baca jer la...

Nampaknya aku akan kurang meng'update' blog diet ku ini. Sebabnya...aku sudah merasa bahang kesibukan belajar aku...huhuhu
Minggu ni dah masuk minggu ke-2 aku mula belajar. Penat tu biasa la...tp aku rasa lg penat otak dr penat badan...huhu.. Walau mcm mana bz aku pon...diet tetap diteruskan. Aceli aku sedang nak buat ticker progress penimbangan aku tp tak dpt nak buat lg. Nanti la ekk...

Hari ni, seperti biasa aku ada aerobik TBL. Best...tp lepas ni nak kena try byk lg step sbb kita org bukan buat aerobik guna cd lg. Semua peserta diminta buat bulatan dan salah seorang peserta kena ddk dlm bulatan dan buat apa sahaja gaya mengikut rentak lagu yg dimainkan. Yang lain2 peserta kena ikut apa jer yg peserta dlm bulatan buat...best sbb mcm2 gaya ada...

Memandangkan aku ada kelas pada Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat kecuali Rabu, so, setiap hari aku akan balik lewat. Huhuhu....Penat....tu belum aku bercadang nak bt aerobik setiap hari...kalau hari2 nampaknya aku tido dlm kelas...


Sem kali ni berat sikit..sbb awl2 kelas dah ader assignment. Dah tu bg tempoh masa seminggu jer nak siapkan...adeh....tu yg aku kata penat otak lg dr penat badan.

Eh...aku ni nak citer pasal study ker pasal diet??? hehehe selingan ekk....Nak bg tau jg berita ni....best sbb aku dah pecah angka 7 [aper la tujuh tu ek???] Aceli bt pembaca blog ku ini, sebelum ni berat aku 70++kg [aku tak leh nak bg figure berat lg sbb nak bt ticker dulu...nak amik dr bulan 1 ari tu...dah siap nati aku tepek kat atas ker, kat bwh ker, kat tepi ker]. Bila aku timbang hari Isnin hari tu, berat aku dah 69.9 [walaupon lg 100gm nak 70...ni pon kira best dah sbb nmpk angka 6].

Lepas dah nmpk angka 6 tu kat depan, aku pon bersemangat nak bt detox hari isnin hari tu...So, mula aku bt detox bersama-sama rakan2 diet aku kat opis ni....hari pertama lepas lg...bila hari kedua bajet dah silap...huhu. Pepagi lg aku kena g Putrajaya sbb ada MAPPA pastu aku terus jer pegi tanpa amik breakfast...tgh hari aku balik, aku cuma mkn ikan rebus jer [dah mcm kucing plak aku]

Elok smpi ptg aku nak g kelas, perut aku pedih sgt....ulu hati aku ni mcm ditoreh2...Ya Allah aku rasa nak muntah, pening & mcm2 lg la...Last sekali bila aku smpi kelas, aku pon mengkhianati detox hari ke-2. Aku mkn laksa...tp tu pon rasa mcm tak lalu jer nak mkn sbb perut dah kosong lama sgt...Punah detox aku.

So, patutnya hari ni hari ke-3 detox, aku tak buat pon semula. Nampaknya...bahaya utk sesi penimbangan esk. Adakah berat aku akan naik??? Huhuhu TAKUTTT!!!!!

Oklah, mata aku ni mcm dah ngantuk. Tp mandi pon tak lg...baju pon tak iron lg...Baik aku buat dulu. Dah la sekarang bangun pagi awal [nak buat sit up dan exercise ringan punya pasal]. Kita jumpa next entri yer syg....[teringin nak citer pasal baju lama....TUNGGU]

Chowww Bedah....CT Anie.

Benci....

Kalau ikutkan tak der mood nak post entri ni. Tp sbb tak tahu nak luahkan kat mana perasaan ni sbb tu blog ni jd sasaran...




Knp aku benci sgt ari ni??? Patutnya aku pegi kenduri kwn aku hari ni. Tp aku TAK PEGI!!!!!! Sbbnya.....YB tetiba dtg mood malas nak pegi mana2. Huhuhu...kalau nak tahu, YB ni bila dtg mood tak betul dia, kita ni jgn ckp apa la....

Aku benci mcm ni. Baju yg aku nak pakai dah iron, sume dah siap. Tinggal YB bangun tido jer. Eeee...geramnya!!!!! Pkl 1.30 ptg baru YB bangun, dah tu ajak pegi kenduri. Masa tu rasa mcm kecik jer aku pandang YB. Kalau korang la, pkl 1.30 ptg baru terhegeh-hegeh nak siap pegi kenduri...bengang tak????

Aku malas nak ckp apa2...aku ni jenis marah...aku ckp sekali jer...bila aku dah ckp aku suka bwk diri. Apa lg...ddk kat luar layan perasaan sambil air mata berjurai-jurai turun. Huhuhu sedihnya....aku bukan sedih sbb tak dpt pakai baju kebaya tu, tp sedih sbb aku tak dpt jumpa kwn2 lama aku masa kolej. dah lama aku tak jumpa. Ni jer la peluang nak jumpa dan borak....

Aceli ada lg yg buat aku sakit hati smpi air mata aku turun, tp malas nak citer. Citer ni aku luahkan kat kwn baik aku jer nanti.


Aku benci YB.....tp aku syg dia...Biasala hidup rumah tangga kadang ada pasang surutnya....Dah la, tak dpt pegi kenduri, aku pon tak dpt pegi jogging. Aku dah siap pakai kasut tetiba kereta tak leh nak start. YB ckp "ni la balasan kat abg kan sbb tak bwk umi g kenduri"

Dlm hati aku "tau pon buat salah dgn aku...hahaha padan muka" tu aku ckp dlm hati jer. Pastu konon nak pegi naik moto, sampai sekerat jln hujan plak...adusss....apa la nak jd ekk..."aku ni byk derhaka dgn YB kot??!?!" hehehe

Sekarang ni, mood dah ok sikit. Ni YB minta tolong bt report dia. Ni yg aku tak suka. Dia suka buat baik sbb nak minta pertolongan dr aku. Huhuhu.....AKU TAK SUKA!!!!!!



"Sakitnya Hati Ini, Namun aku Rindu, Bencinya Hati Ini, Tapi aku Rindu" saper tahu lagu ni??? Ni nyanyian Endang S. Taurina tajuk dia BENCI TAPI RINDU. Ini lah perasaan aku tatkala ini. Benci dgn Rindu kan satu perasaan yg seiring. Hehehe mcm jiwang plak aku sekarang.

sambil tu tgh tgk Raja Lawak, maybe perasaan marah dah hilang kot...hahahaha shibidi...shibidi...selingan lagu dr IDLAN peserta Raja Lawak 4....Kita jumpa next enri yer syg. CT Anie nak bt report YB...aku marah kejap jer, tak der anak, marah kat laki la...SIL aku gelak jer abg dia kena marah dgn aku sbb selalu dia yg marah abg dia...hahahaha sib baik SIL paham.

Chowww Bedah....CT Anie.

Otter sikit

Huh..baru sahaja lepas buat sit up dan pumping...hehehe best sgt sbb sekarang dah dpt buat tiap2 mlm dan setiap pg bangun tido. Kalau tak...susah nak buat setiap hari.

Oklah, malas nak ngarut byk2 sbb ni pon dah lewat mlm [mlm ker??? bukan dah pg?? sekarang jam laptop pkl 1.15 am].

Aper la yg nak otter ek??? Ingat lg baju kebaya idaman aku??? Esk kan [bukan esk, ari ni...sbb ni dah masuk ari ahad] aku nak pakai g kenduri. Tp mcm malas plak nak pakai baju kebaya tu sbbnya kosong sgt.

Cuba korang tgk nih...


(abaikan background gambar aku sbb aku try baju ni kat surau opis)

Masa aku try baju ni kat opis, baju ni besar sikit. Aku pon tanya pendapat kwn2 opis, sume ckp besar. Ntah la..perasaan aku jer kot sbb baju ni makcik aku yg bt. Selalu, dia tak pernah silap buat baju utk aku. Sumenyer ok jer...tp kali ni aku rasa tak selesa.

Kalau korang tgk gambar aku tu, aceli aku cekak pinggang tu bukan sajer2 nak bergaya tp aku tarik baju tu kebalakang sikit. Kalau ikutkan, mcm tu la rupanya baju tu yg aku nak!!! Tp disebabkan besar, aku dah suruh kwn aku otter baju tu. Maap Teh (panggilan utk makcik aku) buat sikit pengkhianatan terhadap baju Teh buat ni.

Pastu baju ni aku nak jahit manik, sbb tu aku lg rasa mcm tak nak pakai jer baju ni pegi kenduri nanti. Huhuhu...Pd pendapat korang, ok tak baju ni??? hehehe

Akan dtg nak bt baju kebaya lg. Dah beli sepasang kain tp aku nak tempah lepas abis TBL [kalau bdn aku masa tu dah ramping] hehehe...nanti aku tunjuk lg ok....Oklah, mata CT Anie dah ngantuk. Kita jumpa next entry yer syg...

Chowww Bedah...CT Anie.

Sokong lah

UPDATE 5/3/2010: Ni aku bg link kwn aku tu ekkk..... klik kat sini

Diam tak diam, dah dekat 2 bulan TBL opis aku berlangsung...cepatnya masa!!!! lepas TBL ni apa lg contest aku nak join??? hehehe bukan nak hadiah sgt tp lebih kepada motivasi contest ni. Tak per lah, senang2 aku jer bt contest sendiri. leh ker??? ader ker org nak join??? hahaha

Eh, aku ni dah lari tajuk ni. Hari ni mcm biasa, ada sesi penimbangan. Alhamdulillah berat aku turun kali ni. Tp tak pernah cecah sekilo lg....paling tinggi aku turun pon 900gm jer. Susah betul. Pemenang minggu ni spt yg aku citer (ader ker?? nanti cek entri balik) berdasarkan group mana paling byk berat turun. Syg nyer, group aku tak menang. Tak per, janji kita org support each other.

Citer pasal support ni la, tajuk entri aku mcm kat atas nun!!! hehehe....Meh aku citer. Pada satu hari...hehehe (sajer intro citer kanak2). Mcm ni, aku ada seorang kwn. Kwn baik aku dr aku masuk keje kat sini sampai la sekarang. Dulu masa bujang, org pon konpius mana 1 aku, mana 1 dia (kalau pandang dr belakang la...muka tak sama) Ibarat kami mcm kembar sama tp tak serupa.

Disebabkan keakraban kami (huh...ni ayat PhD ni) masing2 menunjukan progress pengembangan badan pon menjadi seiring...ngeh3x. Yang pasti, badan aku kembang dulu sbb aku kawen awal dr dia. Kemudian kwn aku ni pon ikut juga kembangnyer lepas kawen...huhuhu

Akhirnya, kami sama2 terjebak dgn TBL opis. Itu pon sbb gara2 aku masuk TBL dia pon masuk TBL...hehehe Meh tgk gambar kat bwh.


Gambar kat atas ni thn 2007. Awal thn, bdn kwn aku ni tak kembang lg masa ni tp dah naik sikit sbb thn tersebut jg dia kawen. Dah story panjang2 lupa bg tau nama...aku panggil dia Adiex (sebutan Adik) walaupon dia tua dr aku setahun. Nak nama penuh, tanya dia sendiri nanti (yg pasti dia bukan nama bedah seperti yg aku suka tulis diakhir entri)

Tp semenjak 2 menjak ni dia rasa amat DOWN sgt...sbb berat dia tak turun byk (aku pon sama juga dik). Sesi luahan perasaan kami dlm chatting jer.....sbb dia tingkat lain. Dia pon ada blog diet jg....(sowi aku tak boleh nak publish lg bt masa ni blog diet dia...akan di maklumkan kemudian).

selalu juga kata2 semangat aku memenuhi chatting kami, tp aku bukan la seorang kaunselor yg pandai bercakap pasal diet. Aku pon baru mula utk berdiet. Aku harap sgt, kwn2 yg selalu bg komen kat blog aku ni support dia utk sama2 bg kata2 semangat. Tunggu esok aku akan bg link blok kwn aku ni.

Sbb itu aku post entri ni, sbb komen yg ditinggalkan dekat blog aku nilah kata2 yg paling beharga bagi aku bt masa ini utk meneruskan misi kurusku. Aku nak ucapkan terima kasih pd korang semua...Aku harap aku boleh teruskan perjuangan aku ini. I need ur SUPPORT!!!!

Kita jumpa lg next entri yer syg....

Chowww Bedah....CT Anie.

Alternatif yg ada

PERINGATAN : Entri yg tak der gambar....hehehe

Sebelum aku berangkat ke kelas, nak la sikit coretkan apa yg aku dah buat utk diet aku minggu ni. Huhuhu malang sungguh utk aku, sbb Sabtu dan Ahad lepas aku tak dpt berjogging pd waktu petang.

Smlm aku dah start kelas. So, aku akan kuar dr opis lewat sikit dr kebiasaan. Tambah plak semalam adalah hari pertama kelas masing2 sume mcm lemau jer nak masuk kelas. Lain plak aku...hehehe bersemangat sbb aku tak payah nak balik umh masak [isteri yg suka ngelat utk masak]. Yer la, aku masak pon yg mkn 3 mulut. Selalu tak abis, membazir....huhuhu

Bila start kelas ni juga aku tak payah nak pikir apa aku nak mkn waktu mlm. Sbbnya aku akan mkn dekat cafe kelas bila smapai kat kelas. Lepas balik umh aku tak pikir utk mkn lg. Makna kata, aku tak der la nak mkn mlm....hehehe bagus ni utk diet.

Semester ni nampaknya aku kena byk berjalan. Sbb apa aku kata mcm tu??? Semester lepas aku asik tumpang naik kete kwn aku jer dr opis. Tak der excercise langsung. Semester ni, kwn aku tak der byk kelas sgt (byk buat projek paper katanya) so, aku kena jln kaki dr opis ke LRT. Lebih kurang 15 minit jg nak berjalan. Kan baik utk kesihatan!!! Hahahaha...excercise jg kan???

Aceli aku kena byk cari alternatif utk buat excercise. Kekangan masa (ayat SPM gred A) membuatkan excercise aku berterabur. Harapkan aerobik setiap Rabu & Jumaat mana nak cukup. So, cara ini jer yg aku boleh buat. Pasni aku ada plan nak buat aerobik waktu ptg kat opis. Kiranya, sebelum aku g kelas leh la aku beraerobik dlm 1 jam. OK tak???!!!

Oklah, CT Anie nak siap ke kelas. Berjalan lg weh...ke LRT. Bajet masa hari ni 15 minit jg...akan percepatkan langkat lg di minggu2 akan dtg. Hehehe Supaya kuar peluh. Kita jumpa next entri yer syg.

Chowww Bedah....CT Anie.

My Mission